Wednesday 20 May 2020

sambung IVF journey


ASSALAMUALAIKUM...

sambung balik cerita aku...aaaaaaaa..jeng..jeng..jeng..

semalam aku cita aku p kat klinik Vistana kan..depan hospital bahiyah juga la..
Ampa tau..masa ni jumpa la aku ngan doktor ni...namanya Doktor Murizah...baikkk hampa tau...penuh nasihat..nampak kelembutan kat muka dia..Ya Allah..tenang ja tengok...dia pun mula la baca note yang doktor Hatikah bagi..pastu dia pun terangkan prosedure untuk buat rawatan IVF from the beginning. Mmg dia yang suggest untuk aku diberi suntikan untuk tak period tu. suntikan tu adalah salah satu prosedure supaya dapat terus buat IVF tambahan pula kedua-dua tiub aku mmg x boleh digunakan secara normal. aku redha dengan apa yang Allah bagi..mesti ada hikmah yang Allah bagi dengan tujuan menginsafkan kita..biar la orang nak cakap apa pun janji kita ada Allah. Allah sayang. Allah nampak...ok2 jangan cita bab perasaan..Masa ni doktor Murizah tanya kami, nak buat ngan swasta ka..kos dalam 15k mcm tu..tu pun x tentu dengan ubat-ubatnya lagi dia maklum.

kami pun berfikirla ..kalau buat swasta..kami usaha ja kosnya berapa byk pun  janji ada la sorang anak. kesian kat suami aku..nanti la aku cita pasai laki aku..

masa ni..doktor murizah cakap buat ngan hospital sultanah bahiyah pun x pa sbbnya kat HSB pun Doktor Murizah yang mengetuai untuk gynecology, rawatan kesuburan. Kosnya dalam RM5000 sahaja tapi x termasuk ubat. aku terus berpandangan ngan suami aku..RM5000????wowww...jauh beza tu...tp aku terus cakap..tapi saya x nak doktor lain..sy nak doktor jg..dia cakap ok2..ya..ya..nanti call no ni..dia tuliskan no kat kertas memo aku tu..dan set appointment..cakap patient Doktor Murizah dan nak set tarikh..dalam hati rasa berdebar pun ada...tapi aku ngan suami mengambil keputusan buat kat HSB atas nasihat Doktor Murizah..

ok la..bosan plak cita pasal ni..ok la XOXO..bye...nanti la aku cita len kali pasal IVF..tp yang penting aku berterima kasih kepada Dr Murizah n team..dan disebabkan IVF ni persepsi aku ngan hospital kerajaan dah ok..servise depa ok jg tau..tp x leh la lawan layan swasta..tp kena nurse yang ok..mmmmmggg ok..cucuk pun x sakit tau..layan kita elok tau..


nanti sambung lagi...

No comments:

Post a Comment

sambung IVF journey

ASSALAMUALAIKUM...